ChatBOX

MySpace  Graphics

PENJAGAAN KULIT


Ferra Dermatrend™ Puritee™

Tanggapan pertama yang berkekalan…………
Kulit wajah yang cantik, berseri dan sihat mudah dengan Ferra Dermatrend™, rangkaian penjagaan kulit dari Uptrend2u™. Puritee™ siri penjagaan kulit yang pertama untuk kulit normal. Siri ini dirumuskan secara saintifik oleh makmal kosmetik terkemuka di Jerman, terkenal dengan kajian dan pengeluaran penjagaan kulit sejak 1926.

Dengan menggunakan teknologi yang tercanggih, Puritee™ adalah berasaskan air dengan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan untuk menggalakkan kulit anda sentiasa mengekalkan kelembapannya sendiri supaya kulit kekal lebih muda, dan cerah berseri.

Dengan penggunaan yang teratur, Puritee™ membantu memberikan hasil yang ketara iaitu kulit lebih lembut, licin, lembap dan tona yang cerah sekata serta berseri seperti yang anda idam-idamkan.

Puritee™ Cleanser

Tanpa sabun, tanpa alkohol, tanpa minyak dan diperkaya dengan ekstrak buah-buahan.

Mulakan dan akhirkan hari anda dengan pembersih lembap tanpa sabun ini untuk menanggalkan segala kekotoran termasuk solekan anda. Pembersih ini kaya dengan ekstrak buah-buahan semulajadi berkesan menanggalkan kotoran tanpa mengeringkan kulit wajah, untuk mendapatkan kulit yang bersih, lembut dan segar.

Kelebihan:

Pembersihan – Asid Laktik, Ekstrak Bilberry, Tebu, Gula Maple, Ekstrak Orange, Ekstrak Lemon dan Asid Salisilik berkesan menanggalkan kotoran kulit dan menghasilkan kejernihan kulit yang diingini.

Anti-bakteria dan anti-jerawat – Asid Laktik dan Old Man’s Weed membantu mengurangkan keradangan dan merencat pembiakan bakteria penyebab jerawat.

Anti-iritasi – Bisabolol, Alantoin dan Daun Lidah Buaya adalah bahan-bahan anti-perengsa yang membantu menyegarkan kulit.

Cara Penggunaan:
Ratakan di muka dan leher, urut perlahan-lahan dengan hujung jari kemudian bilas dengan air.

Untuk kulit jenis normal


Puritee™ Toner

Tanpa minyak, tanpa alkohol, dan diperkaya dengan ekstrak buah-buahan.

Puritee™ Toner tanpa alkohol ini, didatangkan dalam bentuk semburan yang sangat ringan untuk memberi khasiat dan melembapkan kulit. Diperkaya dengan berbagai vitamin dan ekstrak tumbuh-tumbuhan alami, ia merapi kulit dengan serta merta, mengecilkan pori-pori kulit dan mengembalikan kecerahan kulit.

Kelebihan:

Menyegar dan merapi – Ekstrak Witch Hazel, Ekstrak Hop, Bisabolol, Garam Laut dan Allantoin merapi kulit untuk langkah pelembapan yang seterusnya.

Penghidratan – Vitamin B3, Polisakarida, dan Daun Lidah Buaya membantu menghidrat kulit.

Kejernihan kulit – Ekstrak Likoris, Vitamin B3, dan Vitamin C membantu menjernihkan kulit agar kulit sihat berseri.

Menenangkan dan melegakan – Ekstrak Chamomile, ekstrak Witch Hazel, ekstrak Likoris, Vitamin B3, Fennel, ekstrak Lemon Balm, Mistletoe, Allantoin dan Daun Lidah Buaya segera menenang dan melegakan kulit serta mengecilkan pori-pori kulit.

Cara Penggunaan:
Semburkan dengan rata di muka dan leher yang telah dibersihkan dahulu.

Untuk kulit jenis normal


Puritee™ UV Defence Moisturizer SPF15

Berasaskan air, tanpa alkohol, tiada minyak mineral dan bukan komedogenik.

Lindungi wajah anda di siang hari dengan Puritee™ UV Defence Moisturizer SPF15. Berasaskan air, tidak berminyak, bukan komedogenik dan pantas diserap ke dalam lapisan kulit. Diperkaya dengan ekstrak botanikal aktif, ia memerangkap lembapan dan memberi lembapan yang penting di samping melindungi wajah dengan SPF15 daripada sinaran UV berlebihan yang memudaratkan. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit anda menjadi lebih cerah.

Kelebihan:

Pelembapan – Jojoba, Asid hyaluronik dan Daun Lidah Buaya mengandungi faktor pelembap alami untuk memberi lembapan penting terhadap kulit sementara Vitamin B3 membantu melindungi kulit daripada menjadi kering.

Anti-pengoksidaan dan pelindung UV – Vitamin C dan Vitamin E adalah dua jenis agen anti-pengoksidaan yang penting memberi perlindungan terhadap kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kerosakan oksidasi.

Anti-perengsa – Bisabolol dan Allantoin adalah anti-perengsa yang dapat membantu menenangkan kulit terhadap pendedahan cahaya matahari yang berpanjangan.

Cara Penggunaan:
Diratakan ke seluruh muka dan leher (yang telah dibersihkan dahulu). Gunakan di siang hari dan boleh digunakan semula apabila perlu.

Untuk kulit jenis normal


Puritee™ Night Repair

Tanpa alkohol, tiada minyak mineral, bukan komedogenik, dan diperkaya dengan nutrisi dari tumbuhan dan kolagen terlarutkan.

Suburkan wajah semasa anda tidur. Puritee™ Night Repair mengandungi khasiat-khasiat tumbuh-tumbuhan membantu mengembalikan kemudaan wajah anda. Krim yang kaya dengan ekstrak Dioscorea Villosa dan kolagen yang boleh diserap ke dalam kulit membantu menaikan seri wajah anda.

Kelebihan:

Pelembapan – Kolagen( boleh serap), Jojoba, Asid Hyaluronik, Elastin, Fruktan dan Squalane adalah agen pelembap alami yang membantu melembapkan wajah anda sementara Vitamin B3 memerangkap lembapan untuk mengelakan wajah menjadi kering.

Anti-penuaan – Kolagen boleh serap, ekstrak Dioscorea Villosa, ekstrak kacang soya, ekstrak Dong Quai, ekstrak buah delima, ekstrak Pueraria Mirifica, dan ekstrak Pueraria Lobata ialah agen anti-penuaan untuk memberikan wajah yang berseri-seri.

Anti-pengoksidaan – Resveratrol, Vitamin E, Vitamin C, dan Koenzim Q10 memberi cirri-ciri anti-oksidan yang kuat.

Menenangkan dan melegakan – Likoris, Allantoin, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum dan Bisabolol membantu menyegarkan wajah dengan serta merta.

Pencerahan kulit – Ekstrak Dioscorea Villosa, Ekstrak Kacang Soya, Likoris, Arbutin dan Vitamin C terkenal dengan ciri-ciri pencerahan, untuk memberikan anda kulit yang lebih cerah.

Cara Penggunaan:
Ratakan ke seluruh muka dan leher(yang bersih dan disapu dengan penyegar)

Untuk kulit jenis normal


Puritee™ Microfolliant

Tanpa minyak, tanpa alkohol, dan diperkaya dengan ekstrak buah-buahan.

Serlahkan kulit muka yang licin dengan proses pengelupasan yang lembut terhadap kulit. Pengelupasan mempertingkatkan rutin pembersihan wajah anda supaya kulit anda bertambah sihat. Puritee™ Microfolliant ialah sejenis agen pengelupasan yang lembut dalam bentuk jel diperkaya dengan ekstrak buah-buahan alami dapat menanggalkan kotoran dan sel-sel mati dengan lembut. Puritee™ Microfolliant membantu anda dalam mendapatkan kulit muka cantik berseri dengan penggunaan yang teratur.

Kelebihan:

Pembaharuan sel-sel kulit – Ekstrak Bilberry, ekstrak Tebu, Ekstrak Gula Maple, Ekstrak Oren, Ekstrak Lemon, Papain, Asid Laktik dan Asid Glikolik ialah agen-agen pengelupasan alami yang boleh menanggalkan lapisan sel-sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit yang sihat.

Penghidratan – Fruktan, Beta Glukan, Polisakarida, Daun Lidah Buaya dan Likoris memberi penghidratan penting terhadap kulit semasa proses pengelupasan untuk mengelakkan kekeringan.

Melegakan kulit – Bisabolol dan Allantoin ialah anti-perengsa alami yang boleh melegakan kulit.

Pencerahan – Likoris membantu mencerahkan kulit.

Cara Penggunaan:
Ratakan di seluruh wajah yang bersih. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian urut muka perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih. Disarankan penggunaan 1-2 kali seminggu untuk hasil yang ketara.

Untuk kulit jenis normal


Puritee™ Hydrating Booster

Tanpa minyak, tanpa alkohol, bukan komedogenik dan diperkaya dengan kolagen.

Rumusan khas untuk menangani keperluan kulit kering. Puritee™ Hydrating Booster ialah agen penghidrat intensif untuk kulit kering. Diperkaya dengan kolagen dan pati ramuan terpilih alami sebagai faktor pelembap, ia menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk memberi kesan penghidratan serta-merta, mengurangkan kehilangan lembapan, mengekalkan kelembutan, keanjalan dan lembapan kulit

Kelebihan:

Penghidratan – Kolagen(boleh serap), Asid Hyaluroik, Elastin, Polisakarida, Fruktan, dan Daun Lidah Buaya ialah bahan-bahan yang kaya dengan faktor pelembapan alami membantu kulit memelihara lembapan yang penting dan memberi penghidratan serta merta kepada kulit.

Penyegaran dan Perapian – Fruktan, Allantoin, Likoris, Daun Lidah Buaya dan Bisabolol untuk kulit yang lebih lembut.

Anti-oksidan – Vitamin E, dan Vitamin C melindung kulit muka daripada kerosakkan radikal bebas.

Pencerahan – Likoris membantu mencerahkan kulit.

Cara Penggunaan:
Setelah muka dibersih dan disapu dengan penyegar, letakkan kuantiti yang sedikit di hujung jari dan ratakan ditempat yang kering, atau ratakan secara nipis di seluruh muka, diikuti dengan pelembap Ferra Dermatrend™.

Untuk kulit jenis normal


Langkah demi Langkah

Penjagaan kulit yang bersungguh-sungguh ialah memelihara kulit yang sihat. Ia juga mengenai pencegahan, rawatan dan memberi khasiat semula terhadap kulit. Formula ini dirumuskan oleh Saintis Jerman. Dermatrend™ Puritee™ mempunyai rangkaian yang lengkap untuk menangani setiap keperluan kulit anda. Dapatkan kulit yang sihat dan berseri dengan penggunaan yang teratur dan konsisten. Alamilah pengalaman Puritee™, kerana kecantikan awal bermula dari kulit.

Harga Runcit Setiap Unit

FDP Basic Set [Cleanser, Toner, Moisturiser, Night Repair]

:

RM167.20

Cleanser

:

RM45.60
Toner

:

RM38.95
Moisturiser

:

RM49.40
Night Repair

:

RM57.00
Hydrating Booster

:

RM62.70
Microfolliant

:

RM42.75

0 ulasan:

Catat Ulasan

advertise here
advertise here
advertise here
advertise here